Covid-19: 92 kematian baharu direkodkan, 388 pesakit di ICU
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 92 kematian akibat Covid-19 pada Selasa dengan 33 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik mencecah 33,899 orang daripada lebih 3.82 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.