Bekas penjawat awam mengaku salah palsukan dokumen didenda RM7,000
Iklan
Seorang bekas penjawat awam didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas kesalahan memalsukan dokumen tiga tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang bekas penjawat awam didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen tiga tahun lepas.
Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Muslim Mamat, 30, yang dituduh menggunakan Sijil Diploma Reka Bentuk Dalaman atas nama Norfarah Najihah Mamat yang merupakan palsu, di dalam daerah Kuala Terengganu pada 26 Disember 2019.
Iklan
Iklan
Bekas juruteknik di Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Iklan
Dokumen palsu tersebut digunakan bagi mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).
Tertuduh membayar denda tersebut.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>