Pulau Pinang catat eksport tertinggi barangan elektrik
Iklan
Mohd Uzir
SHAH ALAM - Pulau Pinang mencatatkan eksport tertinggi bagi barangan elektrik dan elektronik bernilai RM26.2 bilion iaitu sebanyak 58.5 peratus di peringkat negeri.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, statistik Eksport Import Mengikut Negeri Januari 2022 diikuti Selangor iaitu sebanyak RM6.0 bilion (13.3 peratus) dan Johor iaitu RM4.8 bilion (10.7 peratus).
Iklan
Iklan
Menurut beliau, antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai yang pertama dengan sumbangan sebanyak 31.3 peratus, diikuti oleh Selangor (19.0), Johor (18.3), Sarawak (7.8) dan Kedah (4.1).
"Sementara itu, bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 27.3 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang iaitu 24.4 peratus manakala Johor sebanyak 18.9 peratus, Kuala Lumpur (7.0 peratus) dan Kedah (6.6 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Uzir memberitahu, jumlah dagangan Malaysia pada Januari tahun ini bernilai RM203.0 bilion iaitu mencatat peningkatan 24.8 peratus tahun ke tahun dengan nilai eksport RM110.7 bilion.
Tambahnya, ia turut merekodkan nilai import sebanyak RM92.3 bilion iaitu peningkatan 26.4 peratus tahun ke tahun.
Iklan
"Eksport pada Januari 2022 meningkat sebanyak RM21.1 bilion (+23.5) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya," katanya.
Mohd Uzir turut memaklumkan, eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM5.0 bilion), Johor (+RM4.0 bilion), Sarawak (+RM3.7 bilion), Selangor (+RM3.6 bilion), Kedah (+RM1.8 bilion) dan Sabah (+RM1.4 bilion).
Pahang pula mencatatkan pertambahan RM732.3 juta, Labuan (+RM713.8 juta), Terengganu (+RM511.0 juta), Kuala Lumpur (+RM278.9 juta), Kelantan (+RM66.2 juta) dan Perlis (+RM33.1 juta).
"Bagaimanapun, eksport menyusut di Perak (-RM610.2 juta), Melaka (-RM197.9 juta) dan Negeri Sembilan (-RM68.9 juta),” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>