Wisma Putra sahkan Haziq meninggal dunia
Iklan
KUALA LUMPUR - Kementerian Luar Negeri telah mengesahkan bahawa Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, ialah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch, Jumaat lepas.
Satu kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra awal pagi ini berkata kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq.