Bubar! Bubar! Bubar! Penyokong BN mahu PRU15 disegerakan
Iklan
SHAH ALAM - Kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti dua pertiga pada Sabtu, mendorong akar umbi parti itu mendesak Parlimen dibubarkan.
"Bubar! Bubar! Bubar!” jerit sebilangan penyokong apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjalan menghampiri mereka di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, sebentar tadi.