Puad menang di DUN Rengit

Iklan
Mohd Puad Zarkashi

JOHOR BAHRU - Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi disahkan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit dengan majoriti 1,920 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Puad yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) mendapat undian sebanyak 7,903 dan menewaskan Mohammad Huzair Lajis daripada Perikatan Nasional (5,983).

Iklan
Iklan

Sementara itu, Khairuddin A Rahim daripada PKR mendapat 2,065 undian manakala Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir daripada Parti Pejuang Negara memperolehi 206 undi.

Iklan
Iklan