PRN Johor: Calon PN tidak kelihatan di pusat gerakan parti

Iklan
Petugas media mula keluar dari Pusat Gerakan PN selepas tiada seorang pun pimpinan dan calon PN yang berada di sini setakat jam 9.30 malam.

KULAI - Seramai 56 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak kelihatan di pusat gerakan parti terbabit di sebuah hotel di Senai.

Keberadaan calon-calon berkenaan masih lagi menjadi teka-teki dalam kalangan petugas media di pusat gerakan berkenaan.