Papan iklan PN disimbah cat merah

Iklan
Tok Beng Yeow

KULAI - Polis sedang menyiasat perbuatan menyimbah cat merah di sebuah papan iklan Perikatan Nasional (PN) di bulatan Taman Putri di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat aduan kejadian tersebut pada jam 8 pagi Jumaat daripada seorang lelaki yang merupakan petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi PN.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai ke lokasi kejadian billboard (papan iklan) disimbah cat merah itu yang terletak di hadapan sebuah pasar raya.

"Pihak polis mendapati gambar Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pada 'billboard' berkenaan disimbah cat merah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh didenda atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.