Dua kementerian bincang urus HPU awam

Iklan
Maszlee - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dua hala bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam pengurusan hospital pengajar universiti (HPU) awam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan berkata, pelbagai perkara penting melibatkan bidang tugas kedua-dua kementerian itu turut dibincangkan hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata perbincangan itu dapat mengukuhkan kesepakatan antara dua kementerian dalam pembangunan insan.

"Ada beberapa perkara penting lain yang turut dibincangkan dan akan diumumkan kelak.

Iklan
Iklan

Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya. - Bernama