Inkues Muhammad Hidayat disebut semula 11 April depan
Iklan
KUANTAN - Mahkamah Koroner Kuantan menetapkan 11 April depan sebagai sebutan semula prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian seorang tahanan dalam lokap polis, Muhammad Hidayat Abdul Halim.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain yang bersidang sebagai koroner menetapkan tarikh terbabit ketika kali pertama kes disebut pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Pegawai pengendali inkues berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Syarifah Nursyuhada Tuan Mat memberitahu dokumen lengkap berkaitan kes itu akan diserahkan kepada peguam pemerhatian mewakili keluarga mangsa, Mohd Ashraf Othman pada tarikh sebutan itu.
"Serahan dokumen itu bagi memudahkan urusan perbicaraan kelak," katanya.
Iklan
Muhammad Hidayat, 44, disahkan meninggal dunia dalam lokap tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada 11 Oktober tahun lalu.
Dia yang bekerja sebagai buruh telah ditahan di rumahnya pada pagi 8 Oktober tahun lalu di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Iklan
Kes telah didaftarkan di Mahkamah Koroner Kuantan pada 25 Februari lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>