PKR Perak sedia tukar Exco

Iklan
MOHD ANUAR ZAKARIA

IPOH - PKR Perak akan mengemukakan nama kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi menggantikan Exco kerajaan negeri sedia ada yang mewakili parti itu.

Naib Pengerusinya, Mohd Anuar Zakaria berkata, pertukaran Exco kerajaan negeri itu bagi PKR memang akan berlaku tetapi belum dipastikan tempohnya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, seperti mana yang dimaklumkan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam kenyataan media sebelum ini, pertukaran itu dilihat perlu untuk kebaikan pentadbiran kerajaan negeri.

"Apa kita nampak sebenarnya pertukaran Exco kerajaan negeri ini lebih menjurus kepada memperkukuh dan menguatkan pentadbiran kerajaan negeri.

Iklan

"Bagaimanapun ia terpulang kepada menteri besar kerana hak melantik Exco kerajaan negeri di bawah kuasa beliau. Cuma sebagai komponen PH kita berhak memberikan cadangan," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Farhash Wafa Salvador yang menjelaskan bahawa memang terdapat cadangan untuk menukar exco kerajaan negeri sedia ada bagi PKR Perak.

Iklan

Pada PRU14, PKR Perak menang di empat kerusi DUN daripada 14 kerusi yang ditandingi iaitu Kuala Kurau, Simpang Pulai, Teja dan Hulu Kinta.

Daripada empat ADUN tersebut, ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.