MAFI nafi rantaian bekalan ayam tempatan tidak terkawal
Iklan
MAF menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa rantaian bekalan ayam tempatan berada dalam keadaan tidak terkawal.
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada Khamis menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa rantaian bekalan ayam tempatan berada dalam keadaan tidak terkawal.
MAFI dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, laporan itu tidak disokong fakta tepat serta boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap usaha kerajaan dalam mengatasi isu kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan dan mengawal kenaikan harga jualan runcit ayam pada masa kini.
Iklan
Iklan
MAFI menegaskan kerajaan kini giat melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi memastikan industri ternakan ayam kekal berdaya saing dan menjamin sekuriti bekalan makanan negara demi kebajikan rakyat.
Menurut kenyataan itu, antara usaha kerajaan ialah Inisiatif Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia bagi daging ayam dan telur dan ia tidak menjadi punca kepada pihak ladang untuk mengurangkan pengeluaran ayam dan telur.
Iklan
Menurut MAFI, berikutan peningkatan mendadak penggunaan daging ayam dan telur terutama dalam sektor komersial selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan juga telah memberi kebenaran untuk mengimport ayam bulat dengan memberi kelulusan kepada 36 syarikat termasuk pasar raya.
"Keputusan ini bagi memastikan keperluan negara mencukupi dan mencapai kestabilan dan ia hanya boleh dilaksanakan sehingga Mei 2022," menurut kenyataan itu di sini.
Menurut kementerian itu, permohonan untuk mendapatkan permit import (AP) boleh dibuat oleh mana-mana syarikat dan akan diberi kelulusan jika memenuhi syarat-syarat ditetapkan, tanpa sebarang bayaran.
Iklan
Selain itu, MAFI berkata, kerajaan turut menawarkan skim pembiayaan mudah dengan kadar faedah yang rendah kepada penggiat industri ternakan ayam dan pemberian subsidi kepada penternak ayam bagi mengurangkan impak kenaikan kos input pengeluaran seperti makanan ternakan.
"Kerajaan sentiasa cakna terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pemain industri pertanian khususnya sektor ternakan bagi menjamin sekuriti makanan negara," menurut kenyataan itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>