1,107 aduan, 1,322 premis ubat tidak berdaftar diserbu

Iklan
Khairy Jamaluddin. Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sebanyak 1,107 aduan mengenai penjualan ubat yang tidak berdaftar secara dalam talian manakala sebanyak 1,322 premis diserbu pada 2021 sehingga Januari 2022.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kesemua ubat tersebut tiada pendaftaran KKM dan mampu memberikan kesan mudarat kepada pengguna kerana tiada jaminan dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara kesan sampingan yang buruk adalah seperti kerosakan buah pinggang dan organ dalaman.

"Paling pelik, vaksin yang sudah berdaftar dan selamat, ada yang tidak mahu ambil. Tetapi pil kurus, pil kuat dalam talian yang tiada (daftar) KKM, laris.

Iklan

"Saya minta tolong, jangan ambil pil semua ini. Pil kurus, pil kuat yang tidak berdaftar,” katanya dalam satu hantaran video di Twitternya, pada Rabu.

Khairy berkata, sebelum membeli sesuatu ubat atau produk, boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk tersebut dengan melayari www.npra.gov.my atau hubungi talian 03-78835400.

Iklan

Pembeli juga boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status untuk menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk yang dijual secara dalam talian.

"KKM ambil serius isu ubat tidak berdaftar. Berhati-hati semasa membeli sebarang produk kesihatan terutama yang dijual dalam talian. Pastikan ubat berdaftar sebelum beli kerana ini sangat-sangat bahaya,” kata beliau.