Jangan pandang enteng Inter Milan

Iklan
Klopp pastinya mengharapkan sentuhan Sadio Mane menjelang perlawanan timbal balik kedua Liga Juara-Juara berdepan Inter Milan di Anfield. - Foto AFP

LIVERPOOL disifatkan berada pada prestasi terbaik selepas mengatasi cabaran West Ham United 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang kunjungan gergasi Serie A, Inter Milan bagi aksi timbal balik kedua Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Begitupun, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tetap mengingatkan skuad The Reds untuk berwaspada muslihat Nerazzurri walaupun tuan rumah memiliki kelebihan dua gol selain beraksi di laman sendiri.

Iklan
Iklan

"Kemenangan ke atas West Ham United pastinya meningkatkan keyakinan dalam kalangan para pemain tetapi secara umumnya bermain di Anfield adalah pengalaman yang sangat indah. Kami tidak sepatutnya berasa takut, sebaliknya ghairah dalam memburu kemenangan

"Sejujurnya ia memerlukan sesuatu yang luar biasa untuk mengubah atmosfera di Anfield, namun apabila berdepan Inter Milan yang melakar kemenangan besar dalam aksi liga terbaharu, tiada yang mustahil untuk berlaku,” katanya.

Iklan
Iklan

Anak buah Simone Inzaghi yang tewas 0-2 kepada Liverpool di San Siro dalam perlawanan pertama sebelum ini bertandang ke Liverpool dengan motivasi tahap tinggi selepas mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Salernitana dengan menyaksikan Lautaro Martínez mencipta hatrik jaringan.