Idrus dilantik semula sebagai Peguam Negara

Iklan
Tan Sri Idrus Harun

PUTRAJAYA - Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa Ahad lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Idrus sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2022,” katanya.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan bahawa Idrus bersedia berkhidmat sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi selepas kontrak beliau tamat.

Iklan

Idrus, yang juga abang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020.

Sebelum menjadi Peguam Negara, Idrus pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan