Kerajaan pantau kenaikan harga minyak, gandum
Iklan
Mustapa (tiga dari kiri) bersama Hanifa (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah, di Kota Bharu pada Ahad.
KOTA BHARU - Kerajaan sentiasa memantau kenaikan harga minyak dunia dan komoditi utama lain seperti gandum dan bijirin yang dilihat mampu memberi cabaran kepada pengurusan kewangan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, seperti yang semua sedia maklum harga minyak di negara ini diberi subsidi oleh kerajaan terutama RON95 dan diesel.
"Banyak negara harga minyak sudah mencecah RM10 untuk satu liter terutama di Amerika dan Eropah serta negara-negara lain yang tidak mempunyai subsidi.
Iklan
Iklan
"Hal ini kerana minyak yang dijual di negara berkenaan mengikut harga pasaran dunia," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah, di sini pada Ahad.
Hadir sama Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.
Iklan
Menurutnya, kerajaan memperuntukkan sejumlah subsidi yang besar dalam membendung kenaikan harga bahan mentah itu.
Beliau berkata, kerajaan akan memanfaatkan kenaikan harga komoditi seperti minyak kelapa sawit dan getah untuk menampung subsidi yang diberikan kepada rakyat.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Jeli itu berkata, kerajaan akan terus memberi galakan kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk menggunakan platform digital dalam urusan perniagaan mereka.
"Hari ini kita bersama kerajaan negeri dan pihak swasta serta persatuan peniaga sudah memulakan urus niaga tanpa tunai.
"Satu permulaan yang baik. Kita ada 1.1 juta PMKS di seluruh negara, sebab itulah kerajaan akan memperkasakan lagi pusat internet bagi memastikan usaha ini berjaya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>