HASRAT Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk menyertai semula Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) tidak kesampaian apabila permohonan badan induk tersebut ditolak entiti berkenaan.
Setiausaha Agung ASTAF, Boonchai Lorhpipat menerusi surat balas kepada Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh, memaklumkan perkara tersebut namun tidak memberitahu lebih lanjut mengapa permohonan tersebut ditolak oleh badan induk sepak takraw Asia itu.