Covid-19: 0.61 peratus kes baharu kategori tiga hingga lima

Iklan
Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebanyak 203 kes atau 0.61 peratus daripada 33,209 kes baharu Covid-19

yang dicatatkan pada Jumaat terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, baki 33,006 kes pula terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 3,561,766.

Iklan
Iklan

"Daripada 203 kes kategori tiga hingga lima, 43 kes melibatkan individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi serta 117 kes lengkap vaksinasi namun belum menerima dos penggalak.

"Selain itu, terdapat 43 kes telah menerima dos penggalak, 119 kes melibatkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 67 kes mempunyai komorbid dan satu kes ibu mengandung," katanya.

Iklan

Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 1,997 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan 721 kes kategori tiga hingga lima serta 1,276 kes kategori satu dan dua.

Sementara itu, sebanyak 348 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 211 kes memerlukan bantuan pernafasan sekali gus menjadikan kadar penggunaan alat bantuan pernafasan kini 24 peratus manakala 26,352 kes sembuh dilapor semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,223,650 kes.

Iklan

Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau ICU Covid-19 di hospital, Dr Noor Hisham memaklumkan tujuh negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lebih iaitu Putrajaya (100 peratus), Perlis (73 peratus), Selangor (61 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus), Johor (57 peratus), Perak (51 peratus), dan Kelantan (50 peratus).

Dr Noor Hisham berkata, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara kini 1.02, dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.41 diikuti Perak (1.28), Kuala Lumpur (1.23) dan Terengganu (1.18).

Dalam pada itu, beliau menasihati individu yang positif Covid-19 kategori 2B dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk untuk hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada pusat itu. - Bernama