Kumpulan pemisah tembak mati lapan orang awam di Wilayah Papua

Iklan
Foto: Viva

JAKARTA - Lapan orang awam ditembak mati oleh kumpulan pemisah Papua, yang disebut Indonesia sebagai kumpulan penjenayah bersenjata pada Rabu, di daerah Boega, Wilayah Puncak, Papua, menurut jurucakap Polis Wilayah Pesuruhjaya Kanan Ahmad Kamal kepada wartawan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Lapan mangsa merupakan pekerja syarikat telematik Palaparing Timur Telematika (PTT). Ketika kejadian, mangsa sedang membaiki Stesen Pemancar Pangkalan Menara (BTS) milik operator telekomunikasi kerajaan Indonesia Telkomsel.

Kamal berkata, setakat Jumaat, pihak berkuasa masih tidak dapat mengalihkan mangsa berikutan cuaca buruk manakala lokasi jenayah hanya boleh dihubungi menggunakan pengangkutan udara.

Iklan

"Kami telah mengarahkan pasukan kami untuk mengeluarkan mayat itu secepat mungkin dan menjalankan siasatan lanjut kes itu," katanya. - Bernama

Iklan