KUALA LUMPUR - Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk mempelbagaikan pakej-pakej menarik bagi mempromosikan kedua-dua negara dalam usaha untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan dan kebudayaan bagi kepentingan bersama.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan pada Khamis berkata perkara itu dipersetujui ketika beliau menerima kunjungan hormat Duta Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Qattan di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini pada Rabu.