Kelantan tidak akan buka semula panggung wayang
Iklan
KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan tidak akan membuka semula panggung wayang di negeri itu kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri Izani Husin berkata sudah 30 tahun Kelantan tidak mempunyai panggung wayang namun ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat kerana ada pelbagai medium lain untuk mereka menonton filem.
Iklan
Iklan
"Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pengusaha panggung wayang namun masih ada ruang terbuka yang boleh mengundang kepada gejala sosial.
"Selepas berbincang, kerajaan memutuskan untuk tidak mengadakan panggung wayang di seluruh Kelantan," katanya dalam sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Iklan
Semalam Syahbuddin Hashim (BN-Galas) ketika membahaskan usul titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan panggung wayang di negeri itu kerana katanya rakyat terpaksa ke Terengganu semata-mata mahu menonton filem di pawagam.
Sebelum Pas mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional pada 1990, Kelantan mempunyai sebuah pawagam iaitu Panggung Lido yang terletak di Jalan Post Office Lama di sini. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN ADUN BN minta Pas buka semula panggung wayang di Kelantan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>