Saya tidak pernah hadir mesyuarat berkaitan TIA: Tengku Zafrul

Iklan
Tengku zafrul

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat berkaitan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009.

Jelasnya, tidak pernah menghadiri mesyuarat itu yang diadakan bersama Ahli Perniagaan, Low Taek Jho dan individu-individu lain yang disebut dalam kenyataan tersebut.

Iklan
Iklan

"Merujuk kepada artikel Free Malaysia Today berkenaan testimoni Tim Leissner dalam perbicaraan di Amerika Syarikat, saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA pada tahun 2009 dan individu-individu lain yang disebut dalam kenyataan.

"Kenyataan Tim Leisner mengenai penglibatan saya adalah tidak benar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Khamis.

Iklan

Pada Khamis, Free Malaysia Today melaporkan nama Tengku Zafrul disebut dalam testimoni bekas pengurus bank Goldman Sachs yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Tim Leissner, pada perbicaraan seorang lagi bekas pengurus bank itu, Roger Ng, yang sedang berjalan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan, beliau yang merupakan saksi dalam perbicaraan itu menceritakan kepada Mahkamah Persekutuan di New York tentang satu mesyuarat peringkat tinggi mengenai TIA yang kemudiannya menjadi 1MDB.

Iklan

Menurut dokumen mahkamah yang dilihat, Leissner mengambil maklum satu e-mel daripada Ng berhubung satu mesyuarat TIA pada 2009.

Dalam e-mel itu, Ng memaklumkan selain dirinya individu lain yang akan menyertai mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho; Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank, Ramli Ismail dan Tengku Zafrul, yang ketika itu merupakan pengarah di Kenanga.