Pemilik asing jadikan EPL lebih kompetitif
Iklan
BEKAS pemain pertahanan England, Gary Neville percaya Roman Abramovich dan pemilik asing lain memberi impak positif kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus menjadikan liga tersebut antara yang kompetitif di dunia.
Justeru, Neville berpendapat, tindakan menendang keluar Abramovich dari bola sepak Inggeris selepas terdapat dakwaan bilionair itu dikaitkan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak sepatutnya dilakukan memandangkan dia sudah menafikan perkara tersebut.