[VIDEO] Dakwaan hutang 1MDB belum dibayar tidak berasas: Tengku Zafrul
Iklan
Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dakwaan kerajaan belum membayar prinsipal hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tidak berasas.
Ini kerana katanya, hutang berkenaan hanya akan matang pada tahun 2039.
Iklan
Iklan
"Dakwaan bahawa kita belum lagi bayar prinsipal hutang 1MDB adalah tidak berasas memandangkan hutang tersebut hanya akan matang (lambat lagi).
"RM32.3 bilion ini tarikh matangnya antara 2022 hingga 2039 (jadi) belum dibayar. Ini prinsipalnya tapi kita telah mula membayar faedahnya,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta penjelasannya mengenai dakwaan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak membayar hutang pinjaman 1MDB.
Dalam sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu, Najib yang juga bekas Perdana Menteri mendakwa tidak ada satu sen pun wang rakyat yang digunakan untuk membayar prinsipal hutang 1MDB.
Iklan
Jelasnya, bayaran sebanyak RM16.4 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs bukanlah wang rakyat, sebaliknya itu adalah wang bank terbabit yang boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Katanya, beberapa dana lain termasuk daripada Jabatan Kehakiman (DOC) Amerika Syarikat, Ambank, KPMG dan Deloittes yang kesemuanya berjumlah RM23 bilion juga bukan wang rakyat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>