Tinjauan pendapat awam dakwa sokongan ke atas Putin meningkat
Iklan
MOSCOW - Sokongan rakyat Rusia terhadap Presiden mereka, Vladmir Putin semakin meningkat ketika negara tersebut menceroboh jirannya, Ukraine berdasarkan satu tinjauan pendapat awam yang dilakukan antara 20 hingga 27 Februari lalu.
Dalam tinjauan pendapat itu, bilangan rakyat Rusia yang yang mempercayai Putin semakin meningkat daripada 60 peratus kepada 71 peratus dalam tempoh kurang daripada dua minggu.