‘Kenapa saya pula dikatakan gagal tolak Najib ke mahkamah’

Iklan
Muhyiddin ketika ditemui media pada Rabu.

PAGOH - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kenyataan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan dirinya yang mengakibatkan usaha menolak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah terbantut.

Tegasnya, sebaliknya beliau yang menentang Ahli Parlimen Pekan itu sehingga Najib dihadapkan ke mahkamah.

Iklan
Iklan

"Apa pula saya yang dikatakan mengagalkan usaha untuk menolak Najib ke mahkamah.

"Saya menentang mereka saya jatuh, sebab saya menentang apa yang mereka lakukan dan tidak bersedia untuk berkompromi dengan apa yang mereka lakukan seperti rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis bersama masyarakat Cina di Pekan Gambir, di sini pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan, Mahathir mengulangi pendiriannya bahawa perbuatan Muhyiddin mengakibatkan usaha menolak Najib telah terbantut.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, mahkamah akan membuat keputusan memandangkan Najib sudah dihadapkan ke muka pengadilan.

Iklan

"Saya fikir Najib sudah dihadapkan ke muka pengadilan jadi mahkamah akan buat keputusan.

"Jadi ini bukan soal politik lagi tetapi lebih kepada undang-undang jadi saya fikir itu adalah yang lebih utama,” ujarnya.