Kekalkan penggiliran pelajar ke sekolah
Iklan
Sistem penggiliran pelajar di sekolah seperti yang dilakukan sebelum ini perlu dikekalkan jika negara beralih ke fasa endemik Covid-19.
KANGAR - Sistem penggiliran di semua sekolah perlu dikekalkan jika Malaysia mengambil langkah mengisytihar pandemik Covid-19 sebagai endemik di negara ini.
Menurut Exco Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Perlis, Rozieana Ahmad, langkah tersebut dilihat wajar kerana angka kes positif Covid-19 di negara ini masih tinggi setakat Rabu.
Iklan
Iklan
"Jika diumumkan endemik, bererti sesi persekolahan akan berlangsung seperti biasa selepas kaedah penggiliran dalam tempoh pandemik (dilakukan) akibat penularan covid-19.
"Ibu bapa sangat bimbang dengan perkembangan gelombang varian Omicron kerana mencatat peningkatan kes. Virus ini boleh menjangkiti anak-anak mereka di sekolah apabila semua pelajar hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Mengulas lanjut, Rozieana berkata, sistem penggiliran perlu dikekalkan kerana prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat terus dilaksanakan dalam mengekang penularan Covid-19.
Menurutnya, penggiliran kehadiran pelajar ke sekolah perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.
Iklan
"Pengurangan jumlah kehadiran membolehkan kedudukan dalam kelas dapat dijarakkan antara satu sama lain dan memudahkan kawalan ke atas pelajar.
"Jika semua pelajar hadir, kebolehjangkitan (mungkin) lebih serius menyebabkan kelas atau sekolah akan ditutup. Ini lebih merugikan banyak pihak terutama pelajar," ujarnya.
Pada 11 Februari lalu, media melaporkan Malaysia mengambil langkah cermat sebelum mengambil keputusan mengisytihar pandemik Covid-19 sebagai endemik di negara ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia termasuk memastikan kes Covid-19 di Malaysia, terutama melibatkan kemasukan ke hospital ketika ini tidak terus meningkat secara mendadak.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>