'Tiada elemen kesalahan dalam audio mirip Muhyiddin'

Iklan
Wan Junaidi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuaku Jaafar menjelaskan bahawa tiada elemen kesalahan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) berhubung rakaman didakwa mirip bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tular sebelum ini.

Menurut Wan Junaidi, rakaman yang didakwa ada kaitan dengan jawatan politik dan kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pertukaran bagi sokongan terhadap Muhyiddin itu telah selesai disiasat oleh SPRM.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman Yang Berhormat, SPRM telah selesai menjalankan siasatan terhadap isu yang dibangkitkan. Hasil siasatan mendapati tiada elemen kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Teo Nie Ching (PH-Kulai) di Dewan Rakyat.

Iklan

Pada Julai tahun lalu, SPRM menyerahkan kertas siasatan berhubung kes rakaman audio yang didakwa mirip suara Muhyiddin kepada Jabatan Peguam negara.

Ia selepas rakaman tersebut tular di media sosial pada Februari 2020 dan turut dikatakan berlaku sebelum Ahli Parlimen Pagoh itu menjadi Perdana Menteri.

Iklan