KUALA TERENGGANU - Hari keenam banjir gelombang kelima di Terengganu merekodkan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 17,384 orang berbanding 16,337 pada petang Selasa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, sehingga jam 8 pagi Rabu, sebanyak 4,549 keluarga masih ditempatkan di 86 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah negeri ini.