DSA: Kementerian Pertahanan dapatkan nasihat Wisma Putra
Iklan
Hishammuddin
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mendapatkan nasihat daripada Wisma Putra berhubung penyertaan pempamer dari Rusia atau Ukraine pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 nanti.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Wisma Putra akan terus memantau situasi antara kedua-dua negara itu, yang disifatkannya sebagai konflik yang perlu dipantau rapi, sebelum membuat sebarang keputusan.
Iklan
Iklan
Beliau turut menyuarakan rasa lega kerana semua rakyat Malaysia telah dipindahkan dari zon konflik berkenaan, dan menambah bahawa keselamatan penduduk di kawasan konflik adalah keutamaan dan kebimbangan utama kerajaan.
Beliau berkata demikian semasa mengulas sekiranya wujud sebarang sekatan untuk peserta dari kedua-dua negara berkenaan untuk menyertai pameran itu nanti, pada sidang media yang diadakan secara maya, selepas mempengerusikan Covid-19 Mesyuarat Menteri Kuartet, hari ini.
Iklan
Iklan
Pameran DSA dan NATSEC dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 31 Mac ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>