Bakal haji diminta tidak serahkan sebarang deposit: TH
Iklan
Bakal jemaah yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji melalui syarikat PJH diminta untuk tidak menyerahkan sebarang wang deposit selagi belum mendapat surat tawaran tunai haji. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Bakal jemaah yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji melalui syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim haji kali ini diminta untuk tidak menyerahkan sebarang wang deposit selagi belum mendapat surat tawaran tunai haji.
Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana setakat ini TH masih menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk tahun ini daripada pihak berkuasa Arab Saudi.
Iklan
Iklan
"TH menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah waspada kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, pelantikan 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH bagi musim haji 1443H/2022M menerusi penyerahan lesen PJH oleh TH di Menara TH di sini baru-baru ini, adalah antara langkah awal persediaan haji yang dilakukan TH saban tahun.
Iklan
"Kesemua PJH yang dilesenkan tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan oleh TH,” katanya.
Beliau berkata, antara penerima lesen PJH pada kali ini ialah anak syarikat TH iaitu Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS).
Iklan
Menurut Syed Saleh, semua wakil PJH yang hadir pada majlis penyerahan lesen PJH telah diberikan taklimat berkaitan terma dan syarat perkhidmatan pakej haji musim haji 1443H/2022M.
Beliau berkata, senarai PJH yang menerima lesen PJH boleh disemak di laman web rasmi TH iaitu http://www.tabunghaji.gov.my.
Syed Saleh turut mengingatkan kepada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH, adalah menjadi satu kesalahan, dan mereka yang melakukannya boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) dengan menelefon 03-6207 1919. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>