Warga Ukraine melutut depan kereta kebal Rusia

Iklan
Seorang lelaki melutut di depan sebuah kereta kebal tentera Rusia di sebuah bandar di Ukraine baru-baru ini. - Foto East2west News

KIEV - Seorang lelaki Ukraine nyaris maut apabila cuba menghalang pergerakan kereta kebal tentera Rusia di sebuah bandar di negara itu baru-baru ini.

Lelaki itu kelihatan berdiri bagi menghalang kemaraan barisan kereta kebal Rusia tanpa memegang sebarang senjata api di bandar berkenaan.

Iklan
Iklan

Dalam rakaman video itu, sekumpulan penduduk tempatan menyaksikan pergerakan kereta-kereta kebal tersebut.

Namun, lelaki berkenaan didapati memanjat badan kereta kebal tersebut menyebabkan pergerakan kenderaan tempur itu berhenti buat seketika.

Iklan

Apabila kereta kebal itu berhenti, lelaki berkenaan kemudian turun dari kenderaan tempur tersebut.

Dia kemudian melutut di depan kereta kebal itu.

Iklan

Bagaimanapun, beberapa orang bertindak menarik lelaki itu supaya tidak menghalang pergerakan kereta kebal tersebut demi keselamatan dirinya.

Pada Khamis lalu, tentera Rusia menceroboh Ukraine apabila Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan perang ke atas negara itu atas alasan mahu melindungi penduduk awam.

Putin mendakwa kerajaan negara itu melakukan genosid ke atas penduduk awam yang berbahasa Rusia di negara berkenaan. - Agensi