14 pemancing, empat kru dilaporkan selamat

Iklan
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 14 pemancing dan empat kru dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka hampir karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, di sini, pada Sabtu.

ALOR SETAR – Seramai 18 individu termasuk 14 pemancing yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, di sini, dilaporkan selamat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberitahu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih dalam usaha menyelamatkan semua mangsa.

Iklan
Iklan

"Kapal KM Tenggol dan Bot Penyelamat 5, Maritim Malaysia dalam perjalanan ke posisi bot nelayan yang menyelamatkan mangsa.

"Masih dalam usaha menyelamatkan," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Iklan

Memetik laporan MalaysiaGazette, tekong bot karam dikenali sebagai Pak Tam memberitahu kesemua mereka diselamatkan tekong sebuah bot pukat tunda kira-kira jam 7 malam.

Menurutnya, mereka yang dalam perjalanan untuk melakukan aktiviti memancing itu tiba-tiba dibadai ombak serta ribut kuat sehingga mengakibatkan bot dinaiki terbalik.

Iklan

Katanya, kesemua 18 orang termasuk 14 pemancing kemudiannya hanyut jauh daripada lokasi bot terbalik bagaimanapun diselamatkan sebuah bot pukat tunda.

Gambar pemancing dan kru bot yang dilaporkan karam di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 14 pemancing dan empat kru dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka hampir karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, di sini, pada Sabtu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awal, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang itu melibatkan 18 mangsa.

Katanya, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan bot yang dilaporkan hampir karam.