Pejuang tukar calon di DUN Endau

Iklan
Mohd Noorhisyam

KOTA TINGGI - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan pertukaran calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau selepas calon asal iaitu Zaini Tahar didapati positif Covid-19.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, calon yang akan menggantikan Zaini untuk bertanding di kawasan tersebut ialah Mohd Noorhisyam Ibrahim.

Iklan
Iklan

Ulya turut memaklumkan bahawa Zaini tidak hadir semasa majlis pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan di Muar pada Khamis.

Pejuang yang buat pertama kalinya bertanding dalam pilihan raya mengumumkan pada Khamis bahawa parti itu akan mempertaruhkan calon di 42 kerusi DUN pada PRN Johor.

Iklan

Antara calon yang menarik perhatian ialah anak sulung bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian iaitu Nornekman Osman yang akan mempertahankan kerusi dimenangi bapanya di DUN Kempas manakala Ketua Pejuang Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dicalonkan di DUN Machap.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan bahawa penamaan calon PRN Johor akan diadakan pada 26 Februari ini manakala tarikh pengundian pula ditetapkan pada 12 Mac dengan 8 Mac adalah untuk pengundian awal.

Iklan