Lapan syarikat, lima individu tunai zakat RM26.6 juta
Iklan
Sultan Sharafuddin (kanan) menerima zakat perniagaan daripada Central Sugars Refinery Sdn Bhd diwakili Mohd Zuki.
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat bernilai RM26.6 juta di Istana Bukit Kayangan pada Khamis.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi kenyataan di Facebook berkata, sebanyak lapan syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan manakala lima individu menunaikan zakat pendapatan pada majlis penyerahan itu.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, Central Sugars Refinery Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zuki Wan Abdullah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM3.9 juta diikuti wakil DRB-Hicom Berhad sebanyak RM2.5 juta dan dan Sirim Berhad berjumlah RM2.06 juta.
"Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.7 juta, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dengan RM1.4 juta dan Grand Teknik Bina Sdn Bhd sebanyak RM1.37 juta.
Iklan
"Seterusnya Malaysia Airports Holdings Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.3 juta dan QSR Brands (M) Holdings dengan RM1.2 juta," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
LZS berkata, lima individu menunaikan zakat pendapatan keseluruhan sebanyak RM11.1 juta iaitu Datuk Kamarudin Meranun, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Abdullah Abdul Mannan dan Datuk Seri Mohamed Rafik Mohd Idris.
Iklan
Hadir pada upacara penyerahan zakat itu ialah Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal