Rogol anak tiri: Buruh dijel 15 tahun, 10 sebatan

Iklan
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan.

KOTA BHARU - Seorang buruh warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol anak tiri yang berusia 12 tahun.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin memerintahkan hukuman dijalankan bermula dari tarikh ditahan pada 24 Jun 2018 terhadap lelaki berusia 37 tahun selepas dia menukar pengakuan ketika perbicaraan kes.

Tertuduh (kiri) dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman yang diputuskan.

Iklan
Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol anak ketiga daripada lima beradik itu di Guchil Lama, Kuala Krai kira-kira jam 4 petang pada April 2016.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan.

Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Zuhaidie Akmal Hasan Basri.