Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Peace Palace
Iklan
Ismail Sabri melawat Monumen Kemerdekaan Kemboja sebagai tanda penghormatan pada upacara meletakkan kalungan bunga dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Kemboja pada Khamis. - Foto Bernama
PHNOM PENH - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis diberikan sambutan rasmi di Peace Palace, yang juga merupakan pejabat Rasmi Perdana Menteri Kemboja, sempena lawatannya ke negara itu atas jemputan rakan sejawat, Perdana Menteri, Samdech Techo Hun Sen.
Sejurus tiba lagu kebangsaan Malaysia 'Negaraku' dan Kemboja 'Nokor Reach' dimainkan, sebelum Ismail Sabri diiringi Hun Sen memeriksa barisan kawalan kehormat.
Iklan
Iklan
Ismail Sabri sebelum itu melawat tugu peringatan kemerdekaan Kemboja dan meletakkan kalungan bunga, diikuti satu lagi upacara meletak kalungan bunga di Monumen Preah Borom Ratanak Kaudh yang didirikan untuk memperingati mendiang Raja Norodom Sihanouk di kawasan sama.
Kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan empat mata untuk membincangkan hubungan dua hala, isu serantau serta kerjasama di peringkat antarabangsa, dan Ismail Sabri juga dijadualkan menghadiri majlis mengadap Raja Kemboja, Baginda Norodom Sihamoni di Istana Negara sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand.
Iklan
Kemboja yang merupakan tuan rumah bagi ASEAN 2022, adalah negara keempat dilawati Perdana Menteri sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada 21 Ogos lepas.
Ismail Sabri sebelum ini telah melawat Indonesia, Singapura dan Brunei.
Iklan
Hubungan dua hala Putrajaya dan Phnom Penh terjalin sejak 65 tahun lepas.
Ismail Sabri juga dijadualkan menghadiri majlis jamuan makan tengah hari dihoskan oleh Hun Sen di Peace Palace.
Kemudiannya Perdana Menteri dijadualkan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Senat Kemboja, Samdech Vibol Sena Pheakdev Say Chhum dan Presiden Dewan Nasional Kemboja, Samdech Akka Moha Ponhea Chakrei Heng Samrin. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>