Pengguna meter pintar TNB lepasi 1.8 juta
Iklan
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Lebih 1.8 juta unit meter pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipasang, sekali gus mencapai matlamat pemasangan meter itu dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, TNB berjaya melepasi sasaran memasang 1.8 juta meter itu sebelum penghujung 2021 hasil kerjasama pengguna dan sokongan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Suruhanjaya Tenaga, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Iklan
Iklan
"Terima kasih kepada pengguna di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka, yang memberikan kerjasama hingga kami berjaya memasang lebih 1.8 juta meter pintar.
"Kejayaan ini membolehkan TNB mendukung usaha kerajaan meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna melalui penyediaan akses, ketelusan dan kawalan penggunaan tenaga lebih baik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, pemasangan meter pintar merupakan satu daripada inisiatif Grid Masa Depan iaitu TNB perlu membuat pelaburan semula berjumlah RM9 bilion hingga RM10 bilion setiap tahun bagi memodenkan Grid Nasional.
"Grid Masa Depan mengadaptasi teknologi pintar, automatik dan digital bagi memastikan kecekapan, keboleharapan dan kelestarian yang maksimum di samping menyokong kelestarian tenaga masa depan,” katanya.
Iklan
Baharin berkata, melalui meter pintar itu serta gabungan portal dan aplikasi myTNB, pengguna boleh memantau corak penggunaan dalam Ringgit Malaysia atau kilowatt-jam (kWj), melihat notifikasi penggunaan semasa pada hujung kitaran bil, dan impak penggunaan tenaga terhadap alam sekitar.
Pengguna boleh mengamalkan tip kecekapan tenaga yang boleh dilayari di http://www.tnb.com.my/ untuk memanfaatkan maklumat meter pintar dan mengurangkan pelepasan jejak karbon.
TNB mula memasang meter pintar sejak empat tahun lepas di Melaka dan pemasangannya akan diperluaskan di Semenanjung secara berperingkat supaya 9.1 juta pelanggannya akan mendapat manfaat meter pintar menjelang 2026. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>