Menteri Paraguay dipecat kerana guna kenderaan pengedar dadah

Iklan
Arnaldo Giuzzio - Foto AFP

ASUNCION - Presiden Paraguay, Mario Abdo Benitez pada Selasa memecat Menteri Dalam Negeri, Arnaldo Giuzzio selepas tersiarnya laporan akhbar yang menuduhnya menggunakan kenderaan milik seorang pengedar dadah ketika bercuti di Brazil.

Muka depan akhbar harian La Nacion de Asuncion menyiarkan gambar Giuzzio bersama seorang warga Brazil yang ditahan di negaranya sendiri kira-kira seminggu lalu kerana didakwa mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

Iklan
Iklan

Ia juga menyiarkan gambar kenderaan milik warga Brazil itu, Marcus Vinicius Marques de Padua yang didakwa digunakan Giuzzio.

Marques de Padua mempunyai sebuah syarikat di Brazil yang menyediakan peralatan keselamatan dan kereta kalis peluru.

Iklan

Giuzzio berkata, beliau meminjam kenderaan daripada Marques de Padua apabila kenderaannya menghadapi masalah semasa bercuti di Brazil.

Beliau juga menyatakan tidak mengetahui pertuduhan yang dihadapi oleh warga Brazil itu.

Iklan

Dalam pada itu, Benitez memutuskan untuk menggantikan Giuzzio dalam usaha untuk menjaga imej Kementerian Dalam Negeri, kata jurucakap Presiden, Hernan Hutteman kepada pemberita.

Pengganti Giuzzio iaitu Federico Gonzalez pernah menjadi Penasihat Presiden. - Agensi