Neuer kembali semula ke padang

Iklan
Manuel Neuer - Foto AFP

KAPTEN Bayern Munich, Manuel Neuer giat mempercepatkan proses pemulihannya selepas menjalani pembedahan lutut bulan ini selepas penjaga gol itu menamatkan sesi larian pertamanya, kata kelab juara Bundesliga itu.

"Langkah seterusnya dalam perjalanan kembali untuk bersama kelab! Manuel Neuer melengkapkan sesi larian pertama di Saebener Strasse pada Isnin," kata Bayern dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, pada penampilan sebelum ini Neuer membantu gergasi Jerman itu melakar kemenangan liga, 3-2 ke atas RB Leipzig pada 5 Februari, selain berjaya menghalang percubaan lewat perlawanan, Emil Forsberg untuk memastikan kemenangan ke-310 Bundesliga sekali gus menyamai rekod legenda kelab Oliver Kahn.

Tanpa kelibat pemain berusia 35 tahun itu, Bayern tunduk 4-2 Bochum dalam perlawanan liga, seri 1-1 menentang RB Salzburg di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, sebelum mengakhiri rentetan keputusan terburuk 10 bulan dengan kemenangan bergaya 4- 1 ke atas kelab tercorot Greuther Fuerth dalam aksi di Allianz Arena, pada Ahad.

Iklan

Di sebalik perkhabaran gembira itu, kelab tidak menyatakan tarikh penampilan semula Neuer, namun media tempatan melaporkan khidmat sepenuhnya penjaga gol itu dijangka diperolehi pada pertengahan Mac depan.

Bayern kini mendahului Bundesliga dengan enam mata giat memburu kejuaraan ke-10 berturut-turut, sambil diekori Borussia Dortmund (49'), Bayer Leverkusen (41') dan RB Leipzig (37')selepas masing-masing mengharungi 23 perlawanan.

Iklan