Putin arah tentera Rusia masuk wilayah Ukraine

Iklan
Presiden Rusia, Vladimir Putin. - AFP

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tentera Rusia memasuki dua wilayah pemberontak yang disokong Moscow di Ukraine pada Isnin.

Ia sekali gus menentang ancaman sekatan yang dibuat oleh Barat dalam satu langkah yang boleh mencetuskan peperangan yang berpotensi sehingga membawa bencana dengan Kyiv.

Iklan
Iklan

Terdahulu, beliau mengiktiraf kemerdekaan di dua buah wilayah yang dikuasai pemberontak iaitu di Donetsk dan Lugansk di Ukraine.

Dalam dua dekri rasmi, Putin mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan 'fungsi pengaman' di wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia itu.

Iklan

Pengiktirafan republik tersebut yang disokong Rusia sejak tahun 2014 mencetuskan kecaman antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah. - Agensi

Iklan