Lapan pelajar sekolah agama maut, asrama terbakar

Iklan
Lapan pelajar dilaporkan maut dalam kebakaran di asrama sebuah sekolah agama di Indonesia pada Isnin. Foto hiasan 123RF

JAKARTA - Lapan pelajar dilaporkan maut dalam kebakaran di asrama sebuah sekolah agama di Indonesia pada Isnin.

Menurut polis, kesemua mangsa yang berusia di antara tujuh dan 13 tahun itu sedang tidur ketika kebakaran berlaku di tingkat dua Sekolah Agama Miftahul Khoirot di Karawang, Jawa Timur.

Iklan
Iklan

Pesuruhjaya Polis Karawang, Aldi Subartono berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 petang dipercayai berpunca daripada litar pintas, memetik laporan agensi berita Kompas

Katanya, dua lagi pelajar cedera dalam insiden berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Iklan

Jelasnya lagi, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan 30 minit selepas kebakaran tercetus dan anggota yang tiba di lokasi mengambil masa kira-kira 1 jam untuk memadam api. - Awani

Iklan