3 daerah di Perak bakal nikmati jalur lebar baharu
Iklan
Saarani (tengah) menyempurnakan gimik Perasmian Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar Allo Technology Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, pada Isnin.
IPOH - Tiga daerah luar bandar di negeri ini bakal menikmati akses jalur lebar gentian optik baharu pada tahun ini menerusi Inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan oleh anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Allo Technologi Sdn Bhd selepas berjaya membawa perkhidmatan tersebut di enam lokasi di bandar raya Ipoh.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kehadiran projek tersebut akan dapat menjadi pelengkap kepada usaha memantapkan lagi pendigitalan di Perak.
"Kita menerima rungutan ramai berkenaan dengan capaian yang agak lemah terutama di kawasan luar bandar. Tahun lepas kita memberi peranti walaupun pelajar gembira dapat peranti itu, tetapi dia tidak gembira sebab tak dapat menggunakan alat tersebut disebabkan capaian Internet yang rendah.
Iklan
"Kerana itu kita harap projek ini nanti akan sampai ke kawasan luar bandar. Jadi, tiga kawasan ini berada di kawasan luar bandar dan agak jauh serta capaian internet sangat rendah," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar Allo Technology Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, di sini pada Isnin.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Hasan Arifin; Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din serta Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed.
Iklan
Saarani berkata, pada tahun ini Allo Technology Sdn Bhd menyasarkan kira-kira 30 premis di Perak akan menikmati kemudahan jalur lebar tersebut.
Sementara itu, Hasan berkata, sehingga kini pihaknya telah melengkapkan pembinaan infrastruktur gentian optik yang menghubungkan lebih 56,000 kediaman di Perak merangkumi kawasan Sungai Rapat, Kinta, Menglembu, Papan, Silibin dan Tasek.
Menurutnya, dengan kejayaan pelancaran di Perak, Allo Technology Sdn Bhd telah dan sedang menggiatkan usaha untuk meluaskan capaian internet jalur lebar di negeri-negeri lain.
"Bermula dengan projek melibatkan 17,000 kediaman di Melaka, capaian jalur lebar yang ditawarkan oleh Allo telah mampu diakses lebih 180,000 premis di Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
"Perkembangan yang amat positif ini meyakinkan kami untuk menetapkan sasaran dalam meluaskan capaian sehingga 300,000 premis menjelang akhir tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Dalam pada itu, Hasan berkata, perkhidmatan jalur lebar itu menggunakan infrastruktur milik TNB dan memberi fokus ke kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Seorang pelajar Orang Asli, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Fifi Nurfatin, bekas pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tapah mengakui pada mulanya tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan hanya memperoleh 3A ketika kertas percubaan SPM lalu.
Bagaimanapun dia bangkit dan bertekad untuk membanggakan kedua ibu bapanya, Noorhayati Alang, 40, dan Marjaidi Hirwan Sinak, 40, dengan pencapaian cemerlang itu.
Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/666999/edisi/perak/ibu-bapa-jadi-penguat-semangat-pelajar-orang-asli-raih-9a
Muzik: Elevate dari www.bensound.com