PPM Wilayah Tiga rampas rokok seludup bernilai RM525,000
Iklan
Kotak-kotak rokok yang dirampas hasil serbuan di atas sebuah pondok di Gambang pada Sabtu.
KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas 70 kotak rokok seludup dianggarkan bernilai RM525,000 hasil serbuan di sebuah pondok di Batu 14, Gambang di sini pada Sabtu.
Dalam serbuan kira-kira jam 12.10 tengah malam itu, dua individu yang berada di pondok berkenaan sempat melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Iklan
Iklan
Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, sepasukan anggota bersama pegawai dari Unit Risikan Marin yang sedang menjalankan Ops Kontraban bertindak menyerbu lokasi itu atas maklumat awam.
Menurutnya, selepas menyedari kehadiran anggota, dua individu dipercayai ahli sindiket terus melarikan diri.
Iklan
"Pasukan serbuan bertindak mengejar dan mengesan suspek, namun gagal ekoran keadaan kawasan itu yang terlalu gelap.
"Hasil pemeriksaan di pondok berhampiran sebuah tokong itu, anggota menemui 70 kotak berisi 3,500 karton rokok putih dipercayai tidak bercukai yang ditutup dengan kanvas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Norzaid berkata, pihaknya menunggu selama 30 minit, namun tiada pihak datang menuntut barang tersebut sebelum semuanya dibawa ke Markas PPM Wilayah Tiga untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,
"Kes itu kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut," katanya.
Iklan
Tambah beliau, PPM Wilayah Tiga sentiasa menjalankan operasi secara berterusan bagi mengekang aktiviti penyeludupan.
"Orang ramai juga diminta agar membantu dengan menyalurkan maklumat berhubung aktiviti itu kepada pihak berkuasa khususnya PPM Wilayah Tiga di talian 09-5137726," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>