[VIDEO] Individu menyamar Ahmad Zahid minta wang RM5,000
Iklan
Tangkap layar perbualan individu yang menyamar sebagai Ahmad Zahid untuk meminjam wang daripada kenalan beliau.
SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan akaun media sosial Telegram dan WhatsApp milik beliau telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perkara itu disahkan oleh beliau sendiri menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Iklan
Iklan
Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, ketika ini beliau sedang dalam proses untuk mendapatkan semula akaunnya.
"Akaun Telegram dan Whatsapp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan,” katanya.
Iklan
Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan individu yang menyamar sebagai diri beliau.
Menerusi perbualan itu, individu dipercayai penggodam akaun tersebut turut meminta bantuan kewangan sebanyak RM5,000 dan disertakan nombor akaun Maybank dengan pemilik nama Zainal Abidin.
Iklan
"Nak minta tolong boleh ke? Boleh tolong pindahkan duit RM5,000 ye, insya-ALLAH petang sikit saya pindah balik,” katanya menerusi Telegram Ahmad Zahid.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>