Najib diperkenan menghadap TMJ, isteri
Iklan
Najib (kanan) bersama Tunku Ismail (tengah) dan isteri baginda, Che' Puan Khaleeda. - Foto Facebook Najib Razak
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri baginda, Che' Puan Khaleeda Bustamam pada Isnin bagi membincangkan mengenai keperluan pembangunan secara menyeluruh di Johor dan Malaysia.
Najib menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa berkata, pertemuan itu turut menyentuh mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat.
Iklan
Iklan
"Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Yang Amat Mulia (YAM), Che’ Puan Khaleeda Bustamam atas perkenan menerima patik menghadap semalam (Isnin).
"Menyentuh mengenai pembangunan secara menyeluruh yang amat diperlukan bagi Johor dan Malaysia.
Iklan
"Juga mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Johor juga mempunyai potensi besar malah menjadi pemangkin dan ‘gateway’ kepada kemajuan ekonomi negara.
Iklan
Menurutnya, pelaburan, pekerjaan dan pembangunan wajar menjadi tiga fokus utama.
"Semoga ALLAH SWT melimpahkan kurnia, rahmat dan kesejahteraan buat Johor dan Malaysia, serta terus memberkati institusi diraja,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>