Pusat hiburan tawar layanan GRO diserbu

Iklan
Antara GRO yang ditahan.

KUALA LUMPUR - Tindakan hanya membenarkan pelanggan tetap masuk kononnya bagi mengelak kegiatan maksiat di dalam sebuah pusat hiburan berjaya dihidu pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi Ops Noda, kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Iklan
Iklan

Difahamkan, premis terletak di Jalan Changkat Tambi Dollah, di sini, itu menyediakan bilik karaoke, spa serta urutan.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, serbuan yang diketuai Asisten Superintendan Ridhuan Abdul Razak dan Asisten Superintendan N R Sekaran turut disertai sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.

Iklan

Menurutnya, dalam serbuan ini, seramai 10 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun berjaya ditahan.

"Semakan mendapati tujuh daripada mereka merupakan warga Vietnam, manakala selebihnya warga China.

Iklan

"Turut ditahan seorang lelaki tempatan merupakan penjaga premis selain rampasan beberapa barang seperti peralatan audio, resit jualan serta wang tunai," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, seramai 18 pelanggan turut menjalani ujian saringan air kencing, namun semuanya negatif.

Mengulas lanjut, siasatan mendedahkan modus operandi pusat hiburan terbabit adalah dengan menyediakan GRO untuk berhibur dengan bayaran tip sekitar RM150 sehingga RM300.

Katanya, polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan terdapat kegiatan seks di luar premis oleh GRO terbabit.

"Semakan turut mendapati premis yang telah beroperasi sejak setahun lalu ini tidak mempunyai lesen sah," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1) Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen.