Majikan diingat sediakan penyata saraan pekerja 2021
Iklan
SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memberi peringatan kepada majikan untuk menyediakan penyata saraan pekerja bagi tahun 2021.
LHDN dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), penyata saraan yang juga dikenali sebagai Penyata EA (bagi majikan sektor swasta) dan Penyata EC (bagi majikan sektor kerajaan) perlu diserahkan kepada pekerja pada atau sebelum 28 Februari setiap tahun.
Iklan
Iklan
"Ini bagi membolehkan pekerja mereka melengkapkan, seterusnya mengemukakan Borang Nyata masing-masing kepada LHDN dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, majikan boleh merujuk nota panduan untuk mengisi Penyata EA dan EC yang disediakan dalam portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau melalui pautan Nota_Penerangan_E2021_1.pdf (hasil.gov.my).
Iklan
Iklan
"Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>