Kepulangan pemimpin Bersatu Johor umpama ‘sirih pulang ke gagang’
Iklan
Annuar Musa
SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan kembali menyokong UMNO dan BN.
Ahli Parlimen Ketereh itu menyifatkan tindakan tersebut umpama ‘belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang’.
Iklan
Iklan
Justeru, katanya, ahli UMNO dan penyokong setia harus membuka pintu dan menyambut baik kepulangan mereka kerana ia merupakan satu perkara yang baik, malah menganggap satu proses pemulihan.
"Beberapa pemimpin kanan Bersatu Johor mengumumkan kembali menyokong UMNO dan BN. Saya tahu ramai lagi yang bersedia untuk berbuat demikian.
Iklan
"Gelombang ini bukan satu perkara yg tidak baik. Ia satu proses pemulihan. Belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang.
"Kita ahli dan penyokong setia parti harus membuka pintu, menyambut kepulangan ini. Mudah-mudahan ia turut merintis kepulangan dukungan rakyat keseluruhannya terhadap parti keramat warisan bangsa ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau pada Isnin.
Iklan
Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam sejarah politik negara, parti serpihan biasanya berjuang di bawah dukungan personaliti, bukan organisasi ataupun idealogi.
Menurutnya, UMNO adalah sebuah parti berakar umbi yang mana mempunyai organisasi dan tidak terlalu bergantung kepada personaliti.
"Justeru, kepimpinan sering patah tumbuh hilang berganti. Saya mendoakan lebih ramai kawan-kawan yang dulunya meninggalkan parti ini kembali semula.
"Kita bersama mendukung perjuangan ini. UMNO harus terus terbuka kerana UMNO harus memimpin,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>