PCS sedia kerjasama dengan GRS, parti Persekutuan
Iklan
Anifah Aman
KOTA KINABALU - Parti Cinta Sabah (PCS) bersedia membentuk rakan sekutu dengan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau Persekutuan jika ia memberi manfaat kepada semua pihak termasuk rakyat di negeri ini.
Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya akan meneliti kerjasama itu mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Tengok keadaan, kalau mereka letak syarat, kalau masuk jangan minta itu, minta ini, jangan suara ini, tiada point juga. Jadi mungkin ikut terma dan syarat.
"Kalau sekiranya ia baik untuk parti, baik untuk kita, baik untuk rakyat, kita akan pertimbangkan. Kalau kata gabungan atau bersekutu, kita mesti sebagai 'equal partner' itu yang kita mahu tahu," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Iklan
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis turut mencadangkan supaya parti tempatan di negeri ini bergabung dalam sebuah gabungan yang didaftarkan bagi menuntut hak rakyat Sabah.
"Ini saya harap apabila mereka masuk GRS, mereka daftarkan jadi bolehlah orang kita berjuang untuk Sabah tetapi kita mesti ada diplomasi juga.
Iklan
"Kita bukan mahu berkonfrontasi tetapi kita bersama cuma Kuala Lumpur (Persekutuan) harus beri kita penghormatan.
"Kita kena bekerja dengan parti dari Persekutuan sebab kalau kita bekerja dengan Sarawak pun tidak mencukupi," katanya.
Diminta mengulas pandangan beliau berhubung cadangan untuk mendaftarkan GRS sebagai gabungan parti yang rasmi, beliau yang juga bekas Menteri Luar bersetuju dengan perkara itu.
"Ia bagus dari awal saya katakan, kita bukan ketepikan UMNO tetapi kita terus kepada GRS iaitu semua parti adalah ahli sama ada Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan lain-lain dengan menggunakan lambang sama," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>